Friday, May 5, 2017

Believe and inspiring!

Satu penghormatan yang sangat besar untuk saya. Hari ini bertemu dengan Datuk Jaafar Abdul Rahim, seorang sasterawan dan pemikir yang sangat dihormati.

Datuk terus mengubungi ayah saya apabila mendapat tahu bahawa saya baru melancarkan buku sulung saya pada minggu lepas di PWTC. Beliau berkali-kali memuji dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan buku sulung ini khususnya oleh anak muda.

Datuk tidak berhenti-henti memberi nasihat yang sangat berkualiti dan membina untuk saya, perbualan sekitar sejam lebih itu sangat bermanfaat, Datuk meminta supaya saya terus menerus menulis dan berbakti kepada masyarakat melalui penulisan dan pemikiran.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk terus berkecimpung di dalam dunia penulisan. Doakan.

Image may contain: 3 people, people standing and indoor

No comments: