Tuesday, April 25, 2017

Kepada rakan-rakan sekalian, Jangan lupa untuk mendapatkan buku sulung saya terbitan ILHAM Books nanti sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 28 April, Jumaat nanti di PWTC. Saya akan turut berada di sana untuk sesi pelancaran.

================
ANAK MALAYA DI REPUBLIK TURKI
================


Seringkali, kebanyakan rakyat Malaysia hanya disajikan dengan kisah-kisah Turki daripada satu persepsi sahaja. Khususnya tentang zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyahnya dan penulisannya tumbuh pesat bagai cendawan. Jarang sekali kedengaran tentang bumi Turki dari sudut yang berbeza seperti yang diceritakan oleh anak muda ini. Melanjutkan pelajarannya di sebuah kota yang bernama Izmir. Satu kota di mana kedudukan lokasinya terletak berhadapan dengan Greece dan Lautan Ege merentangi keduanya. Kesan daripada kedudukan geografi seperti inj juga barangkali telah mencorak kehidupan sosial yang begitu kontradiksi sekali berbanding penduduk Turki di kota yang lain. Rata-rata penduduk Izmir mengimani fahaman sekular dan memilih gaya hidup moden barat. Kota Izmir juga telah menjadi tempat transit untuk pelarian-pelarian Syria sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Pulau Chios yang terletak di Greece.

Kehidupan penulis di kota Izmir begitu warna warni sekali. Dikelilingi oleh teman-teman yang berlatar belakangkan agama, budaya dan bangsa yang berbeza. Gaya hidup yang berbeza seperti meneguk alkohol sebagai minuman harian adalah misalannya. Bagaimanapun, penulis masih mampu mengimbangi kehidupan di Izmir. Pengorbanan dan usaha penulis seperti yang dinukilkan telah banyak mengubah persepsi dan pandangan hidup masyarakat di Izmir. Sehinggakan ada dalam kalangan mereka yang menjadikan bendera Malaysia sebagai hiasan di kedainya. Pelarian-pelarian Syria yang menumpang di Izmir pula mengibarkan bendera Malaysia sambil melaungkan, “Bendera ini mengubati luka kami!” Kisah pengalaman penulis menjawab persoalan keTuhanan juga membuka ruang fikir wanita muda dari Itali, Eleonara. Dari gadis yang berfahaman Atheist kepada cahaya Islam.

Like:

1) Thaqib Shaker
2) Universal Humanitarian Aid - Malaysia
3) Universal Humanitarian Aid - Turkey

Mohon disebarkan. Terima Kasih

Image may contain: text

No comments: