BUKU TERBARU: Anak Malaya di Republik Turki

BUKU TERBARU: Anak Malaya di Republik Turki

Tuesday, August 1, 2017

KE MANA ABANG YUSUF?

Oleh: Thaqib Shaker

“Kenapalah suamiku masih belum pulang. Janji nak makan malam bersama!”. Keluh Zurina sambil meletakkan bag tangan Louis Vuittonnya ke atas meja makan, lalunya duduk tersandar keletihan di sofa. Dia terus mengelamun sambil menguis-nguis rambut ikal mayangnya. Petang itu, Zurina pulang awal ke rumah kerana rencananya untuk keluar makan malam bersama suaminya, Yusuf pada jam 8 malam seperti yang dijanjikan
.
Mata Zurina sesekali tertumpu ke arah jarum jam yang bergerak pantas. Tangannya pula dicengkam erat kerana merasa geram. Entah mengapa hari itu, perasaan Zurina bercampur baur. Fikirannya bercelaru. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Akhirnya, kesabaran dan egonya tercabar, maka lantas telefon bimbit HTCnya dicapai dan segera menghubungi Yusuf.

“Tuttt...tuttt..Err...Ye saya?”. Panggilan telefon dijawab oleh seseorang yang suaranya lembut dan sudah pastinya bukan Yusuf. Zurina ternyata merasa cemas. Hatinya berdebar. Keringatnya pula mula mengalir membasahi wajahnya. Matanya ditutup dengan rapat.

“Siapa kau?! Bagi aku bercakap dengan Yusuf!”. Zurina melepaskan amarahnya dengan menengkin gadis yang tidak dikenalinya itu. Setahunya, Yusuf seorang yang jujur dan begitu setia dengannya. Perkahwinan mereka selama dua tahun itu begitu bahagia tanpa sebarang kesulitan. “Adakah Yusuf telah curang kepadaku dalam diam-diam?”. Bisik hati kecil Zurina yang sedih dan pedih. Akalnya yang waras itu dihasut dengan bisikan-bisikan negatif.

“Sabar Zurina. Aku sedang di dalam perjalanan ke rumahmu”. Gadis itu menjawab ringkas lalu mematikan panggilan tersebut dengan serta merta. Zurina benar-benar hilang pertimbangan dan kawalan. Dia mencampakkan setiap barang yang ada di hadapannya. Pasu bunga bercorak bunga ros yang dibeli sewaktu di England dihempas ke dinding sehingga pecah berderai. Habis segala-galanya diselerakkan.

Selang beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi sebuah kereta masuk ke halaman rumahnya. Zurina segera bergegas ke dapur lalu mengambil sebilah pisau panjang yang tajam dan terus berlari ke luar rumah. Kelihatan 4 orang keluar dari kenderaan Mercedes Benz E260 milik Yusuf. Apa yang mengejutkan ialah Yusuf sama sekali tidak kelihatan! Apakah yang sudah berlaku? Siapakah mereka? Di manakah Yusuf?
 
 

Tanpa pertimbangan, Zurina terus sahaja menyerang gadis yang disangkanya perempuan simpanan Yusuf. Serangannya itu sempat dihalang oleh 3 orang lelaki berbadan sasa. Gadis berambut kerinting itu kelihatan tenang sahaja sambil menunggu masa yang sesuai untuk menjelaskan sesuatu yang penting kepada Zurina.

“Kak Zu...istighfar...saya Ina ni...adik kepada bang Yusuf”. Rupanya gadis itu adalah Sabrina. Adik bongsu Yusuf. Ina terpaksa menghentikan sementara kata-katanya kerana mengesat air matanya yang mengalir deras kerana merasa sedih melihat situasi kakak iparnya yang kelihatan seperti orang kurang siuman.

“Kak...bang Yusuf sudah meninggal seminggu yang lalu kerana kemalangan...kak Zu sudah lupakah?”. Berat lidah Sabrina untuk kembali mengingatkan Zurina dengan memori hitam itu. Yusuf telah terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori simen sewaktu bergegas memandu pulang ke rumah kerana takut terlambat untuk mengambil Zurina bagi memenuhi janjinya makan malam bersama.

Sebaliknya yang tiba ke rumah Zurina ialah dua anggota Polis yang memaklumkan kejadian tersebut. Yusuf meninggal serta merta di tempat kejadian. Zurina sememangnya tidak mampu menerima takdir Allah. Ujian datang tanpa diduga. Doktor yang merawatnya mengesahkan Zurina mengalami kemurungan yang mendalam sehingga tekanan mental. Sabrina kemudiannya mengeluarkan sekeping kertas dari koceknya yang diambil dari akhbar watan.

Zurina merampas kertas itu dengan kasar dan terus membaca isinya. “Ahli perniagaan mati kemalangan di persimpangan masuk ke Taman Melawati”. Zurina menangis mendayu-dayu sambil menyebut nama suaminya “Abang...abang...Zu rindukanmu”.

Maafkan diriku ini…
Tiada rela jua jadi begini…
Tika cinta kian bersemi…
Oh relakanlah kupergi…
Lirik lagu A to Z, darjat

-TAMAT-

Jika anda berminat boleh SHARE. Saya akan menulis lagi.
Lawat juga blog saya: http://thaqibshaker.blogspot.my/

0 comments:

Design by The Blogger Templates

Design by The Blogger Templates